Membawa kisah tentang rahsia ilmu hitam, trauma keluarga dan warisan gelap yang terus menghantui generasi seterusnya. Dengan pendekatan seram psikologi yang lebih perlahan dan emosional, filem ini menampilkan pelbagai babak disturbing yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Antara scene yang paling diperkatakan termasuk bunyi lagu misteri dari sebalik pintu, ritual mistik menyeramkan, pelarian Seroja di dalam hutan dan ending melibatkan Rosyam Nor yang sarat persoalan. Dibintangi Sarimah Ibrahim, Trisha Ooi dan Rosyam Nor, filem ini menggabungkan elemen mistik, tekanan emosi dan ketakutan psikologi dalam sebuah pengalaman seram yang terasa lebih dekat dengan realiti dan terus menghantui selepas tayangan tamat...

Read More  

Filem seram thriller arahan Faizal Nadxaman ini mulai ditayangkan pada 30 April 2026. Mengisahkan Maya yang cuba memulakan hidup baharu bersama anaknya selepas kematian ibunya akibat perjanjian misteri, mereka berpindah ke sebuah banglo terpencil yang menyimpan rahsia gelap. Gangguan mistik mula menghantui, menjadikan anaknya Ayu sebagai sasaran. Maya akhirnya menyedari bahawa dirinya terikat dengan warisan darah yang tidak dapat dielakkan. Dibintangi Datuk Rosyam Nor, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Alya Iman, filem ini menampilkan konflik antara kuasa, kecantikan dan pengorbanan. Pewaris Susuk bukan sahaja menawarkan elemen seram, tetapi juga kisah emosi tentang pilihan dan harga yang perlu dibayar...

Read More