Selepas lebih sedekad lagu Pacar Selingan mencipta fenomena di Indonesia dan beberapa negara serantau, penyanyi pop Melayu dari Riau, Andrigo, kembali menyambung kisah itu menerusi Pacar Selingan 2. Dihasilkan bersama label Malaysia, Luncai Emas, single ciptaan Adi Virso dengan lirik nukilan bersama Andrigo ini hadir membawa jalan cerita lebih mendalam, emosi lebih kuat serta susunan muzik moden tanpa meninggalkan identiti “Melayunya Andrigo”. Karya tersebut menjadi kesinambungan kerjasama mereka selepas Rasa Sakit Rasa Rindu, sekali gus memperkukuhkan usaha membawa muzik Melayu Pop ke khalayak serantau dan antarabangsa. Berbekalkan pengalaman lebih 16 tahun, Andrigo berharap lagu baharu ini mampu menyentuh pendengar dan mencipta kejayaan lebih besar daripada karya asalnya...

Read More  

Single terbaharu Andrigo yang dirilis pada 8 Ogos 2025, menjadi saksi pertemuan dua budaya serumpun, Malaysia dan Indonesia, dalam satu karya yang sarat emosi. Lagu ciptaan Sang Hitam, komposer eksklusif Luncai Emas, dilagukan dengan penuh perasaan oleh Andrigo, penyanyi asal Riau yang sudah 16 tahun bertahan di pentas Pop Melayu. Diterbitkan oleh Dodhy dari Kangen Band serta diedarkan bersama PT Dua Suara Media, single ini membawakan sentuhan slow rock Malaysia yang berakar kuat namun tetap segar dalam alunan Nusantara. Liriknya menyingkap luka kehilangan, getir kerinduan yang tak terbalas, dan keberanian membuka ruang hati untuk cinta baharu. Luncai Emas melihat karya ini sebagai momentum strategik, meneruskan legasi emas Tiara dan Isabella, agar muzik Malaysia terus bersemi di jiwa pendengar Indonesia...

Read More