Me.N.U membawa penonton menyusuri perjalanan Lisa, seorang wanita yang berani mempertahankan impian menjadi chef meskipun berdepan tentangan keluarga dan cabaran yang menekan jiwa. Tekadnya makin diuji apabila kerjayanya tergugat selepas membela rakan sekerja, lalu dia berusaha membuka restoran sendiri. Namun, hasrat itu terhalang apabila pinjamannya ditolak oleh Haris, seorang pegawai bank yang kemudian menjadi lawannya dalam setiap pertengkaran. Di sisi Haris, wujud kisah lain: rancangannya melamar Alya Nova (Puteri Awani) tidak kesampaian, membuka ruang hubungan yang perlahan berubah antara dia dan Lisa. Dalam dilema cinta, impian dan keluarga, Lisa perlu memilih jalan hidupnya. Drama 10 episod ini adalah kisah tentang cinta, keberanian dan semangat untuk terus berdiri...

Read More  

Seusai perceraian dengan Jannah, hidup Nasar (Andi Bernadee) jadi tunggang-terbalik. Gelaran “duda hot” yang disandang tidak pernah diimpikannya, lebih-lebih lagi saat dia dipertanggungjawabkan mengurus Love Wave Hotel bersama Datuk Sudin (Mark Adam). Dalam kekalutan menyelamatkan hotel yang kian merosot, hadir dua wanita yang menggoncang hatinya – Farida (Riena Diana) yang penuh kejutan, dan Haiza (Wanie Ooi) yang tidak kurang memikat. Namun rahsia Nasar terbongkar, membuatkan dia pasrah menerima status diri meski trauma rumah tangga masih membekas. Konflik makin meruncing bila desakan untuk kembali pada Jannah muncul, sementara misteri hotel semakin menebal: panggilan pelik, bomoh moden, hingga wasiat mengejutkan yang boleh mengubah nasib semua orang...

Read More