Kolaborasi Altimet bersama bakat baharu Adam Nuqris yang berjudul 'Pegang Tangan' bakal dilengkapi visualiser rasmi pada 14 Julai 2026, jam 12.00 tengah hari menerusi saluran YouTube rasmi Altimet. Berasal daripada arkib penulisan peribadi Altimet, karya hip-hop mellow ini muncul secara organik sebelum secara tidak sengaja “terlepas” dalam temu bual radio pada 8 Mei lalu. Ditulis oleh Altimet dan digubah Mas Dewangga, lagu tersebut mengangkat hubungan ibu dan anak, daripada fasa dipimpin ketika kecil hingga saat peranan berubah apabila usia dan kesihatan menguji kehidupan. Bukan sebuah comeback yang dirancang secara besar-besaran, 'Pegang Tangan' mempertemukan dua generasi dalam karya minimalis, reflektif dan jujur yang membiarkan lirik serta emosi menjadi pusat kepada keseluruhan penceritaannya yang dekat dengan pengalaman manusia...
Read More