Kumpulan sensasi M-Pop, ALPHA, meraikan ulang tahun pertama mereka dengan pelancaran album studio penuh pertama berjudul The First Wave. Mengandungi 12 buah lagu termasuk hit seperti Gelato, Mona Lisa (Bang Bang), P. Ramlee Saloma dan beberapa karya baharu yang dinanti-nantikan peminat, album ini menjadi simbol pertumbuhan serta kematangan tujuh anggota kumpulan tersebut sepanjang setahun dalam industri muzik. Lebih istimewa, pelancaran album berlangsung di Pavilion Damansara Heights pada 14 Jun 2026 sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa bersama mereka sejak hari pertama. ALPHA turut mengumumkan kolaborasi bersama Sooka sebagai duta jenama, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan mereka sebagai antara kumpulan lelaki paling menonjol dalam arena M-Pop tempatan...

Read More  

ALPHA mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai calon kategori “Best of Listeners’ Choice: International Song” di Music Awards Japan 2026. Kumpulan naungan Rocketfuel Entertainment itu menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tersenarai bersama nama besar dunia seperti Taylor Swift, Justin Bieber dan BLACKPINK. Lebih membanggakan, lagu “P Ramlee Saloma” turut mencipta sejarah sebagai lagu ciptaan rakyat Malaysia pertama yang mara ke pusingan akhir anugerah tersebut. Sejak debut, ALPHA telah merekodkan lebih 60 juta penstriman dan memenangi pelbagai anugerah tempatan. Dalam masa yang sama, mereka juga bakal melancarkan album sulung pada 15 Jun 2026, menandakan satu lagi langkah besar dalam perjalanan muzik mereka ke pentas antarabangsa...

Read More  

Bakal menemui peminat Singapura menerusi Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025 pada 20 Disember 2025 di Begonia Ballroom, NTUC Downtown East. Acara ini menandakan Fan Meet sulung ALPHA di Singapura serta pelantikan mereka sebagai artis pertama bagi platform eksklusif Celebfest Amplified. Penganjuran ini tercetus susulan sambutan luar biasa peminat ketika kemunculan ringkas ALPHA sebelum ini. Peminat bakal menikmati sesi high-tea, interaksi dekat, persembahan lagu popular seperti Monalisa (Bang Bang) dan P. Ramlee Saloma, serta sesi bergambar. Langkah ini mengukuhkan perjalanan ALPHA di peringkat serantau dengan sokongan Rocketfuel Entertainment...

Read More  

Fenomena digital terbaharu industri muzik Malaysia terpancar melalui ALPHA yang melancarkan video muzik "P Ramlee Saloma" pada 19 September 2025. Kumpulan 7 anggota hasil program Big Stage Alpha ini iaitu Rizal Rasid, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky, Ariel Fesol memecahkan rekod dengan 22 juta strim dan tontonan merentasi platform digital dalam 2 bulan. Single kedua ALPHA menghormati warisan cinta ikonik P. Ramlee dan Saloma melalui alunan balada kontemporari yang menyentuh jiwa. Kejayaan ini menyusuli pencapaian "Monalisa (Bang Bang)" dan memposisikan mereka sebagai pelopor M-pop Malaysia di bawah Rocketfuel Entertainment. Pencapaian ini membuktikan kemampuan artis tempatan mendominasi ruang digital global sambil memelihara identiti budaya Malaysia...

Read More  

Selepas mencuri tumpuan dengan “Mona Lisa (Bang Bang)”, ALPHA melangkah lebih jauh dengan balada "P. Ramlee & Saloma" sebuah karya yang menyulam kenangan dan jiwa. Dicipta oleh Justin Seow, Mohsein Kush dan RFE, lagu ini tampil sebagai tafsiran segar terhadap warisan seni yang agung, menyatukan melodi penuh perasaan dan harmoni vokal tujuh anak muda berjiwa besar. Bukan klise nostalgia, tetapi satu keberanian untuk menjulang semula dua ikon budaya Melayu dengan kepekaan generasi kini. ALPHA membuktikan bahawa cinta terhadap seni boleh dizahirkan dalam bentuk baharu, tanpa kehilangan jiwa asalnya. Dengan kehadiran video muzik yang bakal menambah lapisan naratif, "P. Ramlee & Saloma" menjadi cerminan kematangan, dedikasi dan potensi mereka yang tidak terhad. Sebuah persembahan yang membisikkan harapan buat muzik tempatan terus bersinar di pentas dunia...

Read More