Single terbaharu Adira Suhaimi yang dipilih sebagai lagu tema drama Samarinda, "Bisik Asmara". Lagu balada ini mengangkat luahan seorang wanita yang terluka akibat pengkhianatan, disampaikan tanpa kemarahan, sebaliknya melalui rasa kehilangan dan harapan yang kian pudar. Dengan kawalan vokal yang halus dan penghayatan mendalam, Adira menterjemahkan emosi lagu secara jujur dan dekat dengan realiti. Digarap oleh Affan Mazlan dengan susunan muzik berjiwa gelap, berinspirasikan elemen kabaret serta bunyi era 60-an dan 70-an, "Rayu Hatiku" menandakan kolaborasi pertama Adira bersama Alternate Records. Lagu ini kini tersedia di semua platform digital dan menjadi pelengkap emosi kepada 'Bisik Asmara'...

Read More  

Kolaborasi semula Adira Suhaimi dan Shahir Zawawi selepas 15 tahun sejak Akademi Fantasia 8, di bawah sentuhan Dato’ Norman Abdul Halim. Dilancarkan pada 5 Disember 2025, 'Hanya Kamu' lagu terbitan KRU Music ini dipilih sebagai lagu tema rasmi filem Duyung: Legenda Aurora yang bakal ditayangkan pada 25 Disember 2025. Mengangkat tema percintaan yang diuji, lagu ini menekankan kesabaran, pengorbanan dan tekad untuk terus bersama. Harmoni vokal Adira dan Shahir, dengan sentuhan R&B yang segar, menjadikan Hanya Kamu sebuah duet yang menyentuh jiwa. Lagu ini boleh distrim di semua platform digital, dengan video muzik ditayangkan di YouTube KRU Music...

Read More