Bakal mencipta sejarah apabila Mus, JoBranko, Black dan Eddie kembali berkongsi pentas selepas hampir tiga dekad bagi meraikan ulang tahun ke-30 album Biru Mata Hitamku. Dianjurkan oleh Icon Entertainment, konsert 'Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary' ini akan berlangsung pada 5 September 2026 di Mega Star Arena Kuala Lumpur dengan himpunan lagu ikonik seperti Biru Mata Hitamku, Enigma, Makam Kekasih dan Jika Kau Tahu. Album yang diterbitkan pada 1996 itu turut pernah melahirkan finalis Juara Lagu serta memenangi Kulit Album Terbaik AIM 1996. Tiket mula dijual pada 3 Julai 2026, menawarkan pelbagai kategori untuk peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia ini...
Read More