Konsert Solo Perdana Insomniacks Dengan Jualan Tiket Termurah di Zepp KL Sekian Lama

Hampir 10 tahun lamanya bergelumang dalam industri muzik, trio Insomniacks ​​(Iqie, Wan Arif, dan Danial) akan mengadakan konsert solo pertama mereka bertajuk "Echoes Of A Dream" pada 12 Julai 2025 di Zepp KL. Dianjurkan oleh SAH Entertainment bersinergi dengan Universal Music, konsert itu menawarkan tiket termurah yang pernah dijual di Zepp KL sejak beberapa tahun, bermula dari RM138. Kumpulan yang popular dengan lagu hits "Pulang", "Reminensis", "Sempurna", dan "Igauan Malam" itu direkodkan sebagai artis pertama dengan empat lagu sekaligus dalam Carta 10 Teratas RIM dan menjadi artis Malaysia kelima dengan penstriman tertinggi di Spotify 2024. Penjualan tiket bermula 5 Mei melalui Ticketmelon...

Read More