Konsert Penuh Jiwa 'Aku Stacy Menggegar Kota U' Bakal Gegar Kota Kinabalu 21 Jun 2025

Konsert solo berskala mega pertama Stacy di negeri kelahirannya, Sabah, yang bakal berlangsung pada 21 Jun 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC). Dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment bersama U Mobile, konsert ini menampilkan Stacy sebagai pengarah kreatif sepenuhnya – daripada muzik, koreografi hingga pemilihan pasukan produksi. Turut menampilkan segmen istimewa duet bersama suaminya, Akim Ahmad. Stacy menyifatkan konsert ini sebagai hadiah peribadi buat peminat Sabah dan simbol cintanya terhadap seni serta kampung halaman. Tiket konsert telah mula dijual di Ticket2U dengan pelbagai kategori menarik. Konsert ini dijangka menjadi detik paling bermakna dalam kerjaya seninya...

Read More  

Stacy 'Menyala' Dalam Siulan Melodi Paling Terkini

Hadir bagaikan puisi bernyawa, siulan melodi 'Menyala' bermula dari bisikan lembut, kemudian meledak dalam dentuman rock menggetarkan. Bersama Bunga Cantik dan Hang Nadim, Stacy menyulam cerita yang melampaui sekadar lirik. Melodi ini menjelma dari kreativiti murni, terinspirasi oleh kesungguhan dan imaginasi yang tak terbendung. Garapan melodi dalam rentak reggaeton, sentuhan rock, dan jejak dramatik nusantara membentuk simfoni kehidupan. Setiap not adalah jejak perjalanan mahakarya, terus menyala, terus berkobar, terus mengukir makna...

Read More  

Konsert Istimewa 'Sumandak Stars' Himpun Bintang Sabahan

7 artis ‘sumandak’ yang masing-masing mempunyai portfolio cemerlang dalam industri muzik diberi penghormatan dan platform dalam sebuah acara yang belum pernah diadakan sebelum ini, istimewa menghimpunkan penyanyi kelahiran Sabah dalam satu pentas untuk hanya 1 malam buat halwa telinga penggemar muzik tempatan. Inilah formula dan kelainan yang bakal dipersembahkan...

Read More