Musica Fest 2025: Pesta Muzik yang Merayakan Keindahan Keberagaman

Musica Fest 2025 bakal menjadi perayaan muzik terbesar yang menggabungkan lima pemuzik terkemuka Indonesia di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 November 2025. Acara ini menampilkan Nidji, Geisha, D'Masiv, Shakira Jasmine, dan Steven Pasaribu, masing-masing membawa genre muzik berbeza yang menyatu dalam satu persembahan yang meriah. Dengan kerjasama Shiraz Projects dan Musica, festival ini menjanjikan pengalaman muzik yang luar biasa, meraikan keberagaman irama Indonesia. Tiket dijual dalam pelbagai kategori bermula RM158 hingga RM398, dan para peminat boleh menikmati lagu-lagu hits seperti Hapus Aku (Nidji) dan Lumpuhkan Ingatanku (Geisha). Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis ini di pentas yang sama!

Read More  

Bila Dua Band Legenda Bersatu: Exists X Slam Bakal Gegar Singapura!

Dua kumpulan legenda muzik Nusantara, Exists dan Slam, akan bergabung untuk konsert perdana di The Star Theatre Singapura pada 29 November 2025. Dibawakan oleh Shiraz Projects, konsert ini membuktikan kedua-dua kumpulan masih relevan meskipun telah lebih dua dekad dalam industri. Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shiraz, menyatakan bahawa konsert ini adalah penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh Exists dan Slam dalam dunia muzik. Peminat berpeluang mendengar secara langsung lagu-lagu popular seperti "Mengintai Dari Tirai Kamar", "Gerimis Mengundang", "Oh Ibu", "Jesnita", "Tak Mungkin Berpaling" dan "Rindiani". Tiket berharga antara SGD88 hingga SGD258 boleh dibeli mulai 26 Mac 2025 melalui www.sistic.com.sg. Kedua-dua kumpulan berharap konsert ini akan meninggalkan kenangan manis buat para peminat...

Read More  

Takluk Malaysia Dan Singapura, Cakra Khan Persembahkan Divine Concert

'Divine Concert Cakra Khan' bakal menyajikan persembahan istimewa di 2 lokasi - The Star Theatre, Singapura (18 Julai 2025) dan Plenary Hall, Kuala Lumpur (2 Ogos 2025). Konsert solo ini menandakan detik bersejarah selepas pelancaran album ke-2 Cakra Khan bertajuk "Divine" pada 2024, setelah 11 tahun penantian. Penganjur Shiraz Projects menjanjikan pengalaman konsert yang magis dan luar biasa, dengan repertoire lagu-lagu baharu dan hits popular seperti "Kepada Hati", "Salah Tapi Baik", "Mencari Cinta Sejati" dan "Kekasih Bayangan". Tiket dijual bermula 12 Februari 2025, dengan harga bermula dari RM225 (KL) dan SGD128 (Singapura), termasuk pakej Meet & Greet eksklusif untuk peminat tegar...

Read More