Konsert Solo Perdana Insomniacks Dengan Jualan Tiket Termurah di Zepp KL Sekian Lama

Hampir 10 tahun lamanya bergelumang dalam industri muzik, trio Insomniacks ​​(Iqie, Wan Arif, dan Danial) akan mengadakan konsert solo pertama mereka bertajuk "Echoes Of A Dream" pada 12 Julai 2025 di Zepp KL. Dianjurkan oleh SAH Entertainment bersinergi dengan Universal Music, konsert itu menawarkan tiket termurah yang pernah dijual di Zepp KL sejak beberapa tahun, bermula dari RM138. Kumpulan yang popular dengan lagu hits "Pulang", "Reminensis", "Sempurna", dan "Igauan Malam" itu direkodkan sebagai artis pertama dengan empat lagu sekaligus dalam Carta 10 Teratas RIM dan menjadi artis Malaysia kelima dengan penstriman tertinggi di Spotify 2024. Penjualan tiket bermula 5 Mei melalui Ticketmelon...

Read More  

Ledakan Aura Ernie Zakri: Tiket Konsert 'Sold Out' Dalam Masa 7 Jam

Tidak menjanjikan apa-apa yang 'terlalu besar', Ernie Zakri mahu penonton menikmati sesuatu yang baru dan mahu mencipta kenangan bersama para peminatnya. Terkejut dan tidak menyangka jualan tiket laris terjual dalam masa 7 jam, Ernie Zakri mahu kongsi perjalanan 'aura' itu sendiri kerana aura itu bukan tentang Ernie Zakri sahaja. Jatuh bangun, suka duka seorang Ernie Zakri yang pastinya semua orang boleh relate...

Read More