Filem 'Nar’sata: Sekutu Setan' Sebuah Pertaruhan Jiwa dalam Dunia Gelap Trauma Dan Fobia

Terbaharu arahan sutradara Pierre Andre, diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG) dinaungi Majlis Doa Selamat dan pengumuman pelakon diadakan pada 14 Mei 2025 di PJCC sebagai simbol permulaan rasmi produksi. Filem ini mengisahkan Balqis, seorang wanita yang bangkit dari tragedi silam untuk membalas dendam, namun terperangkap dalam dunia ghaib yang gelap. Dengan barisan pelakon hebat seperti Vanidah Imran, Namron dan Mawar Rashid, penggambaran akan bermula pada 20 Mei 2025 di Lembah Klang. Filem ini dijangka ditayangkan pada Julai 2025. Nar’sata bukan sekadar filem seram; ia menawarkan pengalaman emosi dan spiritual yang mendalam, menyentuh tema kepercayaan, kehilangan dan bayangan dendam...

Read More  

Panorama Sinematik 'Dajal: Satu Malam DiPedajal' Pertemuan Dimensi Audio-Visual Naratif Thriller

Majlis pelancaran eksklusif filem "Dajal: Satu Malam diPedajal" pada 8 Januari 2025, menampilkan 3 elemen utama: runut bunyi filem (OST), treler, dan dokumentasi di sebalik tabir. Diserikan dengan kehadiran konstelasi personaliti industri, meliputi barisan pelakon, dan tetamu jemputan, kemuncak majlis digarap melalui persembahan live runut bunyi filem 'Di Kala Malam', hasil kolaborasi perdana antara Metrowealth International Group (MIG) dan ikon Gen-Z, Zynnakal...

Read More