Nabila Huda Jiwai Watak Ibu Paling Kejam Dalam Drama 'Dari Rahim Yang Sama'

Drama ini mengisahkan perjuangan Balqis (Mhia Firdaus), remaja yang membesarkan dua adik lelakinya, Aqil (Rykarl Iskandar) dan Afiq (Rafique Iskandar) di Kuala Lumpur. Ketiga-tiga mereka adalah adik-beradik seibu berlainan bapa tanpa sijil kelahiran, menyebabkan mereka dinafikan hak untuk bersekolah dan hidup normal. Ibu mereka, Suraya (Nabila Huda), seorang GRO yang sering menukar pasangan, mengabaikan tanggungjawabnya dan membebankan Balqis dengan tugas rumah serta menjaga adik-adiknya. Konflik memuncak apabila Suraya mengaku sengaja tidak mendaftarkan kelahiran anak-anaknya kerana takut Balqis akan meninggalkannya suatu hari nanti. Saksikan Dari Rahim Yang Sama di slot Samarinda mulai 14 April 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam...

Read More  

Telaga Suriram: Mitos, Mistik Dan Membongkar Misteri Kehilangan

Di sebuah kampung yang terlindung oleh kabus kepercayaan lama, hilangnya seorang kanak-kanak bernama Suriram telah membongkar luka lama yang belum sembuh. Rohaya, seorang ibu yang hampir kehilangan waras, bertarung dengan rasa bersalah dan harapan yang makin pudar. Maimon, gadis bisu yang menjaga Suriram, dipersalahkan tanpa suara membela. Di tengah keheningan kampung, telaga lama yang dikatakan “hidup” kembali bernafas dalam bisikan-bisikan ghaib yang semakin mengganggu ketenangan mereka. Tatkala mitos bertembung dengan realiti, seorang pemuda dan seorang pegawai penyiasat berpadu tenaga mencari kebenaran yang tersembunyi, tetapi semakin mereka menghampirinya, semakin nyawa mereka terancam. Kerana di dasar telaga itu, sesuatu yang lebih gelap dan berbahaya sedang menunggu untuk membongkar segalanya...

Read More  

Layar Perak Hidupkan Legasi Sang Pendekar Dalam Kisah Agung Silat 'Gayong'

Membawa kisah inspirasi Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Silat Gayong Malaysia. Beto Kusyairy membintangi filem ini sebagai watak utama, dikelilingi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Syafie Naswip, dan Yayan Ruhian. Pengarah Faisal Ishak menekankan filem ini bukan sekadar aksi, tetapi medium memartabatkan warisan Melayu. Pelakon menjalani latihan intensif di bawah bimbingan pakar Silat Gayong untuk memastikan keaslian pergerakan. Produksi telah mendapat restu daripada keluarga ADMAR dan kerjasama penuh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM). "Gayong" memiliki kekuatan naratif untuk menarik penonton dan menjanjikan perpaduan unik antara aksi, sejarah dan nilai-nilai kemanusiaan dalam memaparkan perjuangan ADMAR mempertahankan maruah bangsa dan tanah air...

Read More