Musim Raya Paling Gempak Bagi Rocketfuel Dengan 3 Lagu Viral Di Carta No. 1 Melebihi 1.7 Bilion Strim!

Rocketfuel Entertainment mencetus fenomena luar biasa sempena Raya 2025 dengan pelancaran 3 lagu Raya paling tular: “Meriah Lain Macam” oleh Hael Husaini dan Nadeera, “Nyam Nyam Ketupat” oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan MissAlvy, serta “Dam Dim Dum Raya” nyanyian solo Nadeera. Ketiga-tiga lagu ini berjaya mengumpul lebih 1.7 bilion strim dan tontonan di pelbagai platform digital, menjadikannya antara projek muzik paling berjaya musim ini. “Meriah Lain Macam” menduduki No.1 di carta tempatan dan serantau, “Nyam Nyam Ketupat” mencipta tarian tular yang sampai ke pentas antarabangsa, manakala “Dam Dim Dum Raya” mengukuhkan nama Nadeera sebagai artis solo. Ini bukti bahawa Rocketfuel bukan sekadar penerbit muzik — mereka pencipta momen Raya...

Read More  

Meriahnya Rocketfuel Tampil 3 Gubahan Lagu Raya 2025, Lain Macam!

Menyambut Ramadhan dan Syawal, Rocketfuel Entertainment menghadirkan 3 lagu istimewa yang menjanjikan kemeriahan. "Meriah Lain Macam" menampilkan duet Hael Husaini dan Nadeera dengan teaser yang telah mencapai 5.3 juta tontonan, mengisahkan pengalaman pasangan menuju kampung halaman. "Nyam Nyam Ketupat" dibawakan oleh kuartet Wani Kayrie, Dinda Dania, Missalvy dan Zizan Razak yang meraikan hidangan raya dengan tarian memikat. Melengkapkan trilogi ini, "Dam Dim Dum Raya" memperkenalkan Nadeera dalam single solo perayaan pertamanya, dengan sentuhan kreatif peribadi. Ketiga-tiga karya ini telah tersedia di semua platform penstriman digital utama, menanti untuk menyemarakan musim perayaan anda...

Read More