Ejen Ali The Movie 2: Sebuah Misi Jiwa dan Jati Diri, Bukan Animasi Untuk Budak-Budak Sahaja

Sebuah kisah yang meresap ke jiwa, menjalin benang-benang emosi, aksi dan nilai persahabatan dalam dunia futuristik Cyberaya. 'Ejen Ali The Movie 2' dihasilkan selepas 5 tahun penantian dan perubahan besar akibat pandemik, filem ini membawa naratif yang lebih matang, penuh plot twist dan pembangunan watak mendalam. Di sebalik visual penuh warna dan aksi mendebarkan, tersimpan kisah pengorbanan dan semangat luar biasa pasukan WAU Animation yang tetap berkarya meski kekurangan tenaga kerja. Filem ini juga menjadi bukti bahawa animasi tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan karya antarabangsa, menyentuh hati tanpa mengorbankan jati diri. Ia bukan saja untuk kanak-kanak, tetapi untuk sesiapa saja yang pernah rasa kehilangan, harapan dan perjuangan...

Read More  

Neonimus Gempur Trailer Rasmi #1 'Ejen Ali The Movie 2', Satria Bangkit!

Filem animasi "Ejen Ali The Movie 2" menunjukkan sambutan hangat setelah trailer pertamanya dilancarkan pada 25 Mac 2025. Dalam masa kurang 24 jam, trailer ini mencatatkan 300,000 tontonan di YouTube dan 1.3 juta di TikTok, mendapat komen positif dari peminat di Malaysia dan Indonesia. Trailer ini mendedahkan perkembangan baru di Cyberaya yang menguji kesetiaan dan persahabatan Ali. Neonimus, penggodam misteri, muncul sebagai antagonis utama. Ali perlu menguasai sut SATRIA sementara persahabatannya dengan Alicia berubah apabila gadis itu menjadi pemakai IRIS. Ketegangan meningkat dengan kemunculan bekas Ejen MATA, Rizwan, yang bekerjasama dengan penjahat Dos dan Trez. Filem arahan Usamah Zaid Yasin ini dijadualkan tayang Mei 2025, sekuel kepada "Ejen Ali The Movie" (2019) yang merupakan animasi tempatan terkenal di rantau ini...

Read More  

Vokal Hebat M.Nasir Hiasi Runut Bunyi 'Ejen Ali The Movie 2' Melalui 'Hanya Kamu'

Filem animasi fenomena Malaysia kembali ke pawagam bermula 6 Februari 2025, membawakan kisah epik Ejen Ali di kota futuristik Cyberaya. Tayangan semula karya agung yang pernah meraih kutipan RM30 juta ini hadir dengan bonus istimewa - sedutan eksklusif 5 minit dari Ejen Ali The Movie 2, memperkenalkan Projek Satria, sut perisai canggih dengan empat Teras MATA: Tekno, Neuro, Kombat, dan Inviso. Dihiasi lagu tema baharu "Hanya Kamu" nyanyian Dato' M Nasir, filem ini menjanjikan pengalaman nostalgia yang lebih mengujakan untuk peminat. Jangan lepaskan peluang menyaksikan semula kehebatan animasi yang menggegarkan Asia Tenggara ini...

Read More