6 Fakta Menarik '6 Jilake' Pasti Buat Anda Tak Sabar Menontonnya

Karya unik gabungan aksi, komedi dan budaya tempatan dengan latar belakang sejarah kolonialisme Belanda di Perak pada abad ke-18, '6 Jilake' diarahkan oleh Aziz M. Osman, dan diproduksi oleh Eartistic Entertainment dan disokong oleh pelakon terkenal. Berbeza dengan menggunakan nama watak daripada kuih tradisional Melayu seperti Pulut Panggang dan Badak Berendam. Fakta menarik tentang filem ini, termasuk koreografi silat, senjata tradisional, pendekatan naratif yang berani, dan kekuatan humor tempatan yang matang. Melalui gabungan pengalaman sinematik dan warisan budaya, '6 Jilake' menawarkan hiburan keluarga yang segar dan penuh identiti. '6 Jilake' ialah perayaan kreativiti tanah air. Dari nama watak kepada struktur plot, dari jenaka ringan kepada aksi sengit, semua tersusun rapi dalam semangat memartabatkan budaya sendiri...

Read More  

'6Jilake' Filem Epik Sejarah Perjuangan Melayu Menentang Penjajah, Bakal Tayang April 2025

Di pertengahan abad ke-18, syarikat Hindia Timur milik Belanda berhasrat memonopoli semua hasil bijih timah di negeri Perak. Ketua pegawai Belanda mengupah sekumpulan samseng bergelar "6 Jilake" untuk mengawasi kawasan lombong. Namun, mereka gagal menguasai sebuah kampung yang dipertahankan oleh seorang pendekar handalan. Misi utama 6 Jilake adalah menakluki kampung tersebut yang dikatakan menyimpan khazanah tak ternilai. Arahan Aziz M Osman, filem ini menampilkan Saiful Apek sebagai ketua 6 Jilake bersama barisan pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Bell Ngasri, Asmidar dan Kazar Saisi. Diterbitkan oleh Dr. Shasa Aziz dan Nini Yusof, karya ini menggabungkan aksi, sejarah dan budaya tempatan yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 April 2025...

Read More