“I Know What You Did Last Summer” (2025): Kembalinya Legenda Seram dengan Nafas Baharu

Menghantui pawagam Malaysia mulai 17 Julai 2025, filem seram ikonik 'I Know What You Did Last Summer' kembali dengan nafas baharu, lebih gelap dan menegangkan. Sentuhan sutradara Jennifer Kaytin Robinson ini mengisahkan 5 sahabat terlibat kemalangan maut dan bersumpah menyimpan rahsia gelap tersebut. Namun, setahun kemudian, misteri silam mula merungkai semula apabila mereka diburu pembunuh yang tahu segala-galanya. Lebih mengejutkan, kejadian ini bukan yang pertama, ia pernah berlaku pada 1997, dan mereka kini bergantung kepada 2 mangsa terselamat dari tragedi untuk mengungkap kebenaran. Dibintangi barisan pelakon muda dan disokong kemunculan semula Jennifer Love Hewitt serta Freddie Prinze Jr., filem ini menyatukan generasi lama dan baharu dalam kengerian yang belum reda...

Read More