Bahasa Universal Muzik Maher Zain Cetus Damai Jiwa Dan Suluh Gelita, Taut Ukhwah Ribuan Rakyat Malaysia

Gelombang kerinduan akhirnya bermuara ketika Maher Zain menjejakkan kaki semula di Malaysia setelah 6 tahun di Idea Live Arena, 3 Damansara pada 30 Ogos 2025. Ribuan jiwa dari segenap pelusuk hadir menyaksikan persembahan yang menggabungkan dimensi spiritual dan emosional. Yayasan Tengku Abdullah menganjurkan malam istimewa ini sebagai medium penyatuan ummah. Arena berubah menjadi lautan suara ketika "Assalamu Alayka" membuka tirai, disusuli repertoir seperti "InshaAllah", "Mawlaya", "Qalbi Fil Madina" versi kunci baharu, dan "Free Palestine" yang menyentuh isu kemanusiaan. Kemuncak emosi tercapai ketika "Number One" dan "For The Rest of My Life" mengalun, menyatukan keluarga dalam momen kasih sayang. Penutup dengan "Ya Nabi Salam Alayka" mencipta simfoni selawat yang mengharukan, membuktikan muzik rohani mampu merangkul jiwa tanpa sempadan...

Read More