Sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Tourism Malaysia menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sembilan lapangan terbang utama seluruh negara bagi menyambut pelawat domestik dan antarabangsa. Majlis utama berlangsung di KLIA dengan kehadiran pemimpin industri pelancongan. Pelawat disambut dengan cenderamata serta juadah tradisional seperti lemang dan dodol, selain dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Melayu dan kemunculan maskot VM2026. Program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi, syarikat penerbangan dan rakan korporat. Dengan anggaran 5,000 pelawat tiba melalui 28 penerbangan antarabangsa, inisiatif ini bertujuan memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra, berbudaya dan menarik, sekali gus meningkatkan pengalaman ketibaan yang bermakna...
Read More