Berlangsung meriah di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) pada 27 Mei 2025, program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah telah melibatkan 344 murid dari Tingkatan 2 hingga 5. Inisiatif anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima bersama SAFI Shayla ini bertujuan menyemai keyakinan diri, membina karakter positif dan memperkasa generasi muda melalui aktiviti interaktif di luar bilik darjah. Selebriti seperti Hariz Hamdan, Apich Lo, dan Nisa Kay turut hadir berkongsi inspirasi dan pengalaman hidup. Aktiviti seperti uji bakat, permainan kreatif serta ceramah khas hijabi SAFI Shayla menyerlahkan potensi murid dari aspek sahsiah dan kendiri. Program ini menjadi platform bertenaga untuk mencetus inspirasi, semangat serta kesedaran bahawa setiap pelajar mampu mencorak masa depan dengan keberanian dan keyakinan...
Read More