Jom Raya Kaw Kaw di Genting: Care Bears Warnai Syawal di Puncak Awan

Meriahkan sambutan Aidilfitri 2026 melalui kempen “Jom Raya Kaw Kaw” yang berlangsung dari 13 Mac hingga 12 April. Kempen ini menampilkan suasana perayaan unik dengan kehadiran watak popular Care Bears di Kimhua Atrium, lengkap dengan sesi meet and greet, aktiviti kreatif serta kedai pop-up barangan eksklusif. Pengunjung turut boleh menyertai bengkel lukisan coaster, merakam kenangan di digital photobooth serta menikmati pelbagai ganjaran melalui program Syawal Redemption. Pavilion Hall pula dihiasi karusel bercahaya sebagai tarikan utama bergambar. Pelbagai persembahan budaya seperti dikir barat dan wayang kulit turut memeriahkan suasana. Selain itu, RWG menawarkan sajian Aidilfitri, aktiviti keluarga di Resorts World Awana serta pakej percutian Cuti-Cuti Raya untuk pengalaman perayaan yang lebih istimewa...

Read More