Berlangsung pada 19 April di Kompleks Sukan Desa Tasik Bandar, Kuala Lumpur, menghimpunkan kira-kira 1,500 pengunjung. Dianjurkan oleh Parlimen Bandar Tun Razak bersama Persatuan Karyawan Malaysia dengan sokongan BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy, acara ini menampilkan pelbagai aktiviti termasuk persembahan artis, jamuan Aidilfitri serta saringan kesihatan percuma seperti pemeriksaan glukosa, kolesterol, BMI dan kulit. Pelancaran Kiosk Telekesihatan turut menjadi tumpuan, menyediakan akses pemeriksaan dan telekonsultasi. Majlis ini disempurnakan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Selain itu, sumbangan RM20,000 kepada Karyawan dan 140 kotak bantuan Rahmah turut disalurkan kepada komuniti setempat sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan sosial...
Read More