Muncul sebagai tarikan eko-pelancongan dan edutainment yang menghimpunkan keindahan hutan paya bakau, teknologi moden dan penceritaan dongeng tempatan dalam satu pengalaman imersif. Terletak di Mangrove Point, Pelabuhan Klang, destinasi seluas 70 ekar ini menjadi wahana yang memupuk kesedaran tentang pemuliharaan Sungai Klang melalui persembahan cahaya, animatronics, pameran haiwan, aktiviti sungai dan laluan ‘boardwalk’ sepanjang satu kilometer. Dibangunkan oleh Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) bersama KRU Entertainment, Magika Studios menjadi sebahagian daripada usaha menjadikan Selangor Maritime Gateway (SMG) sebagai pusat ekonomi hijau yang progresif. Menjelang pembukaan rasmi pada pertengahan 2026, pengalaman ini dijangka membuka horizon baharu kepada pelancong tempatan serta antarabangsa, menggabungkan fantasi, pendidikan dan kelestarian dalam satu ruang magis yang hidup...
Read More