Menyaksikan Malaysia memperkukuh pesona pelancongan di Ho Chi Minh City pada 4–6 September 2025, sebagai langkah penting menuju Visit Malaysia 2026. Dengan tema “Sustainable Tourism, Vibrant Experiences”, Malaysia mengetengahkan pelancongan lestari, budaya dan komuniti, seiring dengan usaha menarik pelancong serantau. Pavilion Malaysia tampil dengan persembahan seni, kraftangan interaktif, henna, pewter, permainan mini serta promosi pelancongan menarik. Malaysia turut menonjolkan kekuatan sebagai destinasi MICE, menawarkan sokongan bernilai RM7,920 hingga RM49,915 untuk acara berskala antarabangsa. Program Malaysia My Second Home dan pendidikan bertaraf global turut menjadi fokus untuk keluarga dan pelajar Vietnam. Festival kulinari Ticket to Penang di Sheraton Saigon menambah kehangatan promosi. Separuh pertama 2025, Malaysia sudah menerima 168,677 pengunjung Vietnam, bukti kukuh pesona yang terus memikat...
Read More