Malaysia Jadi Tumpuan AI Asia Tenggara, BICSI 2026 Kumpul Pemain Industri & Bakat Masa Depan Di KL

Persidangan dan Pameran BICSI Asia Tenggara Malaysia 2026 bakal berlangsung pada 21 dan 22 Julai di Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur, dengan fokus kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi dan pengukuhan infrastruktur ICT, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI). Majlis pra-pelancaran disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof. Sektor ICT negara kini menyumbang RM451.3 bilion kepada ekonomi dan menyediakan lebih 1.25 juta pekerjaan. Persidangan ini dianjurkan oleh Tecnoviq Learning Academy sebagai rakan gabungan BICSI, dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri. Acara ini bertujuan memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan standard industri ICT...

Read More