Malaysia Jadi Tumpuan AI Asia Tenggara, BICSI 2026 Kumpul Pemain Industri & Bakat Masa Depan Di KL

Persidangan dan Pameran BICSI Asia Tenggara Malaysia 2026 bakal berlangsung pada 21 dan 22 Julai di Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur, dengan fokus kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi dan pengukuhan infrastruktur ICT, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI). Majlis pra-pelancaran disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof. Sektor ICT negara kini menyumbang RM451.3 bilion kepada ekonomi dan menyediakan lebih 1.25 juta pekerjaan. Persidangan ini dianjurkan oleh Tecnoviq Learning Academy sebagai rakan gabungan BICSI, dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri. Acara ini bertujuan memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan standard industri ICT...

Read More  

TP-Link × UiTM Satukan Industri & Akademia, Laluan Baharu Lahirkan Pakar Rangkaian Masa Depan

TP-Link Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalinkan kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman selama tiga tahun bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran perangkaian perusahaan yang relevan dengan industri. Inisiatif ini melibatkan pelaksanaan sistem rangkaian Omada di makmal UiTM, disokong oleh latihan teknikal, bengkel serta laluan pensijilan profesional seperti Omada Certified Network Administrator (OCNA). Pelajar turut berpeluang menjalani latihan industri bersama TP-Link, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan mereka untuk memasuki alam pekerjaan. Kerjasama ini juga membuka ruang kepada penyelidikan bersama dan pertukaran pengetahuan antara industri dan akademia. Usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia dalam memperkukuh ekonomi digital dan pembangunan tenaga kerja masa depan...

Read More