ST Rosyam Mart Rasmi Dibuka di Jakel Square KL, Perkenal Inisiatif 'Selamatkan Dompet Warga KL'

Cawangan kesembilan rangkaian pasar raya borong Halal 24 jam Kumpulan Sri Ternak dan yang kedua di Kuala Lumpur, ST Rosyam Mart Jakel Square dibuka pada 18 Disember 2025. Ruang seluas lebih 40,000 kaki persegi ini menawarkan lebih 40,000 produk merangkumi hasil segar, daging premium, makanan laut, barangan runcit dan jenama dalaman. Cawangan ini memperkenalkan Malaysia Selection buat pertama kali, inisiatif Selamatkan Dompet Warga KL, serta Celebrity Corner yang diperkaya. Dilengkapi lebih 20 perkhidmatan percuma dan kemudahan membeli secara pukal, ST Rosyam Mart Jakel Square beroperasi 24 jam sebagai destinasi sehenti untuk keluarga, pekerja bandar dan pelancong yang mencari nilai, keselesaan dan akses tanpa batas...

Read More  

ST Rosyam Mall Tawar RM1.5 Juta Ganjaran Di Pembukaan Perdana, Datuk Rosyam Nor Luaskan Empayar Runcit

Meluaskan empayar peruncitannya, Datuk Rosyam Nor membuka ST Rosyam Mall di Jalan Kebun, Klang, dengan kompleks seluas 114,000 kaki persegi. Pusat beli-belah ini menempatkan lebih 30 premis terkenal dalam kategori fesyen, makanan dan teknologi, termasuk beberapa kedai yang beroperasi 24 jam seperti Khulafa dan Nasi Lemak Burung Hantu. Kemudahan termasuk gelanggang Pickleball, parkir luas dan surau. Sempena pembukaan, kempen "RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda" dilancarkan, menawarkan 100 pakej Umrah percuma, kereta Proton X70, dan hadiah lain. Cawangan kelapan ST Rosyam Mart turut dibuka di lokasi sama, dengan promosi Ayam Seekor RM0.88 sen dan 300 barangan promosi. Mart ini menawarkan 22 perkhidmatan percuma termasuk Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan...

Read More