Lebih 4,000 calon SPM membanjiri ITCC Penampang, Sabah pada 16 Ogos lalu untuk mengikuti program PTTI Jelajah Skor A+ SPM anjuran PTTI. Acara ini dirangka bagi memberikan bimbingan akademik serta motivasi kepada pelajar menjelang peperiksaan penting. Kehadiran tokoh seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan usahawan Asyraf Khalid menambah nilai dengan perkongsian inspirasi tentang usaha, disiplin dan keyakinan diri. Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan MK K-Clique dan Bella Astillah, anak jati Sabah yang berkongsi semangat perjuangan kepada adik-adik calon SPM. Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Cikgu Fana, menegaskan komitmen PTTI untuk memastikan pelajar di seluruh negara mendapat bimbingan terbaik. PTTI juga melancarkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma dalam talian pada 27–30 Ogos...
Read More