Aplikasi TVS Inspire, yang telah boleh dimuat turun sejak 25 Oktober 2025, membuka lembaran baharu buat TVS dalam menawarkan hiburan digital yang lebih luas, interaktif dan serba mudah. Platform ini menghimpunkan kandungan TVS merangkumi siaran langsung, on-demand, dokumentari, berita serta program antarabangsa, sekaligus menghubungkan penonton global kepada dunia Sarawak. Pada 15 November 2025, aplikasi ini menayangkan 2 acara eksklusif, Twins Championship 103, termasuk perlawanan profesional melibatkan Kilat Boy dan Yenson Mustamu, serta Malam Gala AIFFA 2025 bersama Simon Yam dan Ruth Sahanaya. TVS Inspire turut merancakkan katalognya dengan pelbagai program dari seluruh dunia dan akan menyiarkan SEA Games Thailand 2025 pada Disember, mengukuhkan peranannya sebagai pusat hiburan digital yang komprehensif...
Read More