Dunia kreativiti kini bergerak seiring kecerdasan buatan, dan Tune Talk mahu generasi muda menjadi penerajunya. Menerusi inisiatif Tune Talk NextGEN, syarikat telekomunikasi digital itu mengajak pelajar Malaysia berusia 18 hingga 25 tahun menghasilkan iklan berasaskan AI yang menampilkan jenama Tune Talk. Bermula 1 Julai hingga 30 November 2026, pertandingan bertaraf nasional ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM10,000, selain peluang mengikuti latihan industri selama enam bulan bersama Tune Talk. Peserta hanya perlu menghasilkan video pendek atau visual statik menggunakan elemen AI dan memuat naik penyertaan di Instagram. Lebih daripada sekadar pertandingan, NextGEN menjadi platform mencungkil bakat kreatif baharu sambil membuka laluan sebenar daripada bilik kuliah ke dunia industri digital...
Read More