Wawa Global Cipta Babak Baharu dalam Jagat Kecantikan, Lancar Sunscreen & Logo Rasmi

Melangkah ke fasa baharu dengan pelancaran 3 pelindung matahari (sunscreen) berformula mineral terkini yang lebih selamat, mesra kulit dan halal. Direka khas untuk lelaki dan wanita aktif, produk ini turut diperkenalkan bersama logo baharu syarikat yang lebih elegan dan profesional, simbol transformasi keseluruhan identiti Wawa Global. Sehingga kini, lebih 4 juta unit Sunscreen Wawa telah terjual, membuktikan kepercayaan tinggi pengguna. Penjenamaan semula ini juga bertujuan membanteras produk tiruan yang kian berleluasa di pasaran. Majlis pelancaran turut dihadiri tokoh penting termasuk YB Syed Saddiq. Wawa Zainal menegaskan komitmen mereka terhadap kualiti, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta impian agar jenama ini terus berkembang ke peringkat antarabangsa...

Read More