Air Mata Mualaf: Tafsir Sunyi Mencari Makna Diri Di Antara Iman, Keluarga Dan Trauma Luka

Anggie, seorang wanita Indonesia di Sydney yang melarikan diri dari hubungan penuh kekerasan. Saat tersungkur di hadapan sebuah masjid, suara lantunan Al-Quran dan kasih seorang pengurus masjid membuka pintu baru dalam hatinya sehingga Anggie mengambil keputusan memeluk Islam. Kepulangan ke kampung halaman bukan membawa damai, melainkan ujian: penolakan keluarga, bisik-bisik jiran, dan jurang antara identiti lama dan pilihan baru. Dengan visual yang menautkan pantai Sydney dan lorong sempit Jakarta, filem ini menyelami luka, penebusan, dan kekuatan iman yang tumbuh perlahan. Perjalanan Anggie adalah refleksi tentang bagaimana perubahan personal boleh memecah tetapi juga mengubahkan hati yang paling rapuh...

Read More  

Pengantin Iblis: Sanggupkah Berkorban Demi Anak Sehingga Jual Diri Ke Iblis?

Mengisahkan tentang Ranti, seorang wanita yang dirasuki iblis selepas perkahwinannya. Filem ini memaparkan transformasi mengerikan Ranti dari seorang isteri yang lembut menjadi pembunuh kejam. Watak Ranti yang dimainkan oleh Taskya Namya menjadi tumpuan utama dengan lakonan yang mengkagumkan, terutamanya dalam babak-babak kerasukan. Filem ini turut menampilkan adegan gore yang mengejutkan semasa pembunuhan keluarga, khususnya nasib tragik watak Bayu. Meski ada beberapa kelemahan, 'Pengantin Iblis' berjaya menimbulkan rasa seram dan mengejutkan penonton, menjadikannya filem seram yang berkesan dalam mencipta ketakutan yang kekal dalam ingatan...

Read More