Maryam ingin berkahwin dengan Ammar, namun perkahwinan ibu bapanya didapati fasid oleh Mahkamah Syariah. Pendedahan ini menimbulkan konflik besar, bukan sahaja terhadap proses akad perkahwinannya, tetapi juga terhadap status, identiti dan maruah dirinya, ibunya, dan adiknya, Zaki. Isu tersebar di media sosial, menimbulkan cemuhan masyarakat, dan membuat ibu Ammar menentang hubungan mereka. Filem ini mengangkat realiti pahit nikah fasid, buli siber, dan tekanan sosial, sambil menekankan kepentingan empati, restu ibu bapa, dan keberanian menempuh stigma. Akad Yang Hilang mengajak penonton merenung, berfikir, dan memahami nilai moral dalam setiap keputusan hidup...
Read More