Muzikal Cinta Penuh Nyanyian Dan Tarian, 'Siapa Dia' Dalam Garis Masa Sejarah Dari Sudut Pandang Layar

Mengajak penonton menelusuri garis masa cinta dan sejarah melalui mata Layar, seorang seniman muda yang menemukan beg pakaian lama berisi surat, catatan, dan kenangan keluarga. Nicholas Saputra tampil luar biasa, menjelma menjadi empat watak dari empat zaman berbeza, dari era kolonial hingga masa kini, diapit oleh sembilan pelakon wanita yang mewakili generasi perempuan sepanjang abad. Disulam dengan nyanyian, tarian dan visual sinematik yang menggugah jiwa, 'Siapa Dia' menghidupkan semula denyut sejarah Indonesia dengan gaya muzikal yang berani, nostalgik dan memikat. Filem ini bagaikan surat cinta kepada sinema dan keberanian untuk terus bermimpi...

Read More  

'Dilanjutkan Salah Disudahi Perih' Menyusup Masuk Ke Ruang Pernikahan Paling Rapuh

Kisah romansa penuh dilema tentang cinta, iman dan luka. Filem berdurasi 128 minit ini mengangkat isu cina buta selepas talak tiga, apabila Alfa terpaksa menikahi lelaki lain, Zainun, demi peluang rujuk dengan bekas suaminya, Darian. Namun, kehadiran Zainun yang sempurna justeru membuka babak baharu yang tidak dijangka. Cemburu Darian menambah kusut, sementara Intan membawa warna lain dalam perjalanan cinta ini. Menggabungkan drama, komedi, dan romansa dengan sentuhan dewasa, filem terbitan Soex Entertainment dan edaran Horizon Film Entertainment ini menyentuh isu keimanan, norma sosial, serta pilihan emosi yang sering menjerat manusia...

Read More  

Dilema Trilogi Cinta, Poligami, Pengorbanan dan Keikhlasan Dalam 'Pintu Pintu Surga'

Kehilangan suami tercinta menghempaskan Latifah ke dalam jurang kesedihan. Sebagai ibu tunggal kepada anak ADHD, dia bukan sahaja perlu menghadapi cabaran membesarkan anak istimewa tetapi juga menguruskan yayasan pendidikan warisan arwah suami. Takdir mempertemukan semula Latifah dengan Arman, cinta lamanya yang kini menjadi penyelamat dalam kesusahannya. Perasaan lama bersemi kembali, namun lamarannya membawa satu kejutan - Arman sudah beristeri. Latifah kini berdepan pilihan sukar: mengekalkan maruah sebagai wanita berprinsip atau menjadi isteri kedua demi cinta dan sokongan untuk anaknya. Kisah tentang pengorbanan, keluarga, dan keberanian untuk mencari kebahagiaan dalam keadaan yang rumit...

Read More